Wednesday, January 25, 2012

20 Januari 2012

Bismillah,

Alhamdulillah syukur setinggi-tinggi pada ilahi dengan kehadiran permata kehidupan pertama kami. Tepat azan solat jumaat 20 Januari 2012 lahirlah puteri kami. Setakat menulis ini namanya masih menjadi rahsia. Segala urusan bersalin dipermudahkan Allah. Anisah hanya mengambil masa 15 minit dengan 3 kali teran keluarlah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. Saya tidak punya masa yang banyak untuk menulis kerana masih ada satu lagi kertas peperiksaan. Hanya gambar untuk tatapan kalian.

Friday, January 13, 2012

Sejuknyaaaaa!!!





Sekarang ni dah tak boleh lari dah,tak tahu pun nak lari ke mana. Semua tempat sejuk. Lari ke Mansurah sejuk,ke Alex pun sejuk. Semua tempat macam peti ais. Pergi exam pun sejuk,tambah pula exam kat koridor kuliah.

Saturday, January 7, 2012

Norshahrul Idlan Talaha gol persis Barca



Aku hanya nak cakap gol Norshahrul Idlan Talaha ni macam gaya Barcelona,dari gerakan Ghaddar tolak pada Idlan Talaha memang terbaik hantaran pendek dalam kotak penalti.

Monday, January 2, 2012

Kentang Putar


Bismillah,

Alhamdulillah dalam fatrah imtihan yang makin dekat ni,semakin aku kena banyak manfaatkan masa dengan isteri tercinta. Tambahan pula dia sarat mengandung,bertambah sayang aku kat dia. Dalam waktu-waktu macam ni aku suka main masak-masak dengan dia.

Sebelum aku balik Mansurah baru ni,aku ada buat kentang putar,Anisah pula buat macarona bachamel. Jadi aku nak kongsikan sikit resepi dengan korang.

Kentang putar:
  • 3 biji kentang
  • 2 sudu majerin
  • 1/2 cawan susu
  • sedikit garam

Cara-cara:

  • Rebus kentang sehingga lembut dan boleh dilenyek
  • Lenyek dan campurkan dengan susu
  • Kemudian campurkan dengan majerin
  • Kacau sehingga sebati

Sos:

  • 2 sudu majerin
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar
  • 5 tangkai daun saderi/daun sup
  • sedikit garam
  • 1 cawan susu

Cara-cara:

  • Hiris bawang dan goreng bersama daun saderi/sup sehingga layu dan biarkan ia sejuk
  • Bawang dan daun saderi/sup di'blend'
  • Panaskan majerin dengan api yang pelahan
  • Masukkan tepung gandum dan kacau
  • Masukkan susu
  • Campurkan bawang dan daun saderi/sup
  • masukkan garam mengikut kesesuaian

Sunday, January 1, 2012

Jendela 2011

Memperingati detik penting yang berlaku sepanjang 2011

  • Honeymoon ke Hurghada
  • Revolusi Arab Mesir
  • Beli Handsome & Tulip (arnab)
  • Mak Tok meninggal dunia
  • Anisah mula mengandung
  • Sambut Ramadhan & Hari Raya di London
  • Kembara ke Morocco
  • Kami adik-beradik di Mesir semua lulus exam
  • Genap setahun perkahwinan
  • Angah kahwin

Sunday, December 4, 2011

Fakri Saarani


Bismillah...

Assalamualaikum,

Waktu aku tulis kat blog ni, banyak orang tengah promo disebalik tabir 'Harimau Muda' kat Majalah Tiga. Aku sangat setuju diadakan satu wawancara khas untuk diorang sebab dah naikkan nama Malaysia, dua kali menewaskan Indonesia sekaligus juara mutlak acara bola sepak sukan sea edisi-26.

Macam-macam komen orang di Malaysia tentang skuad bimbingan Ong Kim Swee ni. Ada yang positif dan banyak juga yang negatif, terutamanya bila pasukan kebangsaan ni tewas dengan Syria dan Bahrain. Sebagai pemerhati yang tak diiktiraf, aku hanya memandang positif dengan dua kekalahan berturut-turut pada kelayakan olimpik 2012. Ada beberapa sebab yang relevan,antaranya pemain kita belum cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan besar selepas kejohanan di sukan sea. Dan antara yang paling ketara, Ong Kim Swee tak ada pilihan dengan terpaksa menurunkan pemain yang belum betul-betul cergas. Sebab kita semua sedia maklum ramai pemain yang cedera. Ini jelas dapat dilihat selepas Nazmi Faiz terpaksa dikeluarkan awal.

Bola sepak bukan sukan individu. Orang yang baru nak tengok bola akan kata Nazmi Faiz sebagai hero. Tetapi bagi aku sendiri, Nazmi memainkan peranan yang sangat-sangat penting dalam taktikal bola sepak. Sebab apa? Sebab posisi Nazmi di tengah ibarat jantung. Kalau tak ada jantung maka tak akan bergerak satu badan. Bagitu juga dengan bola sepak, posisi tengah amat-amat penting. Sebab itu kita memerlukan orang yang betul-betul boleh memainkan peranan di tengah. Bila tengah 'hidup' maka di posisi lain juga akan menjadi mudah. Kalau kalian perasan semasa perlawanan menentang Bahrian tempoh hari pasukan kita kosong di bahagian tengah, jadi mudah untuk pasukan Bahrain kuasai permainan.

Dan satu lagi, aku sebagai peminat bola sepak Malaysia, aku mohon cukup-cukuplah menghentam Fakri Saarani. Janganlah melabel dia dengan macam-macam andaian yang tak masuk akal. Paling aku kesalkan sehingga ada peminat yang sanggup mengubah nama beliau dengan gelaran yang jelek. Takdir yang menentukan penalti beliau masuk atau tidak, yang penting dia dah berusaha. Manusia memang selalu tak kenang budi. Tak perasan ke masa separuh akhir menentang Myanmar, siapa yang jaringkan gol? Bukankah Fakri Saarani? Kalau tak silap aku pada minit ke 85. Kalau bukan dia yang jaringkan gol, entah-entah final pun kita tak jejak. Sepatutnya sebagai peminat dan penyokong yang sentiasa positif kita kena sentiasa menyokong dan memberi semangat,bukan menjatuhkan dia. Dia pun manusia biasa yang akan melakukan kesalahan,sama seperti kita. Takdir Fakri yang ambil penalti tu,macam mana kalau tempat dia tu diambil oleh Nazmi Faiz dan juga tak gol?

Buat Fakri Saarani, kalau ada yang membenci kamu. Jangan bimbang! masih ada yang akan menyokong kamu. Masih ada yang menyokong kamu ketika jatuh dan semestinya juga ketika bangun.
SELAMANYA Harimau Malaya!!!

Saturday, December 3, 2011

Best jugak lagu ni

Sekali-sekala dua kali dua kala mendengar lagu nasyid ni,terubat halwa telinga dari dengar lagu yang tak tahu mana hujung pangkal. Kena dengar lagu yang berkualiti,baru jiwa segarrrr.

Tuesday, November 15, 2011

Menanti 'baby'

Bismillah,

Sejak beberapa hari berjauhan dengan isteri yang teramat dicintai Anisah,hati sebak sebab kena tinggalkan dia untuk beberapa hari. Lagi sebak sebab teringatkan anak yang dia kandungkan tu. Tak tahu lah kenapa sedih sangat. Mungkin sebab dah tak sabar sangat nak timang anak sendiri. Macam mana tanggungjawab aku nanti sebagai seorang ayah, dapat tak aku nak didik dia macam mana ayah dan mak aku besarkan aku. Tanggungjawab diorang dah lepas,sekarang ni giliran aku pulak.

Sejak dijodohkan dengan isteri tercinta ni,aku bersyukur pada Allah s.w.t,sebab dikurniakan isteri yang sangat-sangat memahami. Aku doakan agar Anisah sentiasa dirahmati dunia akhirat.

"B sayang sangat kat Sayang,B redha dengan Sayang dunia akhirat. B sentiasa mendoakan kebahagiaan kita selamanya. Mudah-mudahan segala cabaran dan rintangan kita sama harungi,insyaALLAH. Untuk baby,papa doakan moga baby dapat jadi yang terbaik untuk kami, Ameen."

Monday, November 14, 2011

Morocco Al-Maghrib











Bismillah,

Assalamualaikum,
Pertama sekali aku minta maaf pada sesiapa yang selalu singgah blog aku tapi masih tak ada info atau cerita-cerita yang baru. Aku minta maaf sangat,bukan sengaja tak nak post apa-apa tapi agak sibuk sebab kerap ulang alik Alex-Mansoura-Cairo. Tambahan sekarang ni aku nak luang masa dengan isteri tercinta dan baby yang dalam perut.

Kali terakhir aku post masa aku kat UK lagi. Agak lama juga tak menaip,aku nak jadikan hobi aku ni menaip kat blog,tapi masih tak kesampaian lagi. Aku rasa dah sampai 2 bulan juga tak masuk blog ni,sampai aku pun lupa nak buka. Sebenarnya banyak juga benda yang aku ceritakan kat korang..banyak sangat. Cerita pasal perjalanan aku sepanjang cuti musim panas tahun ni.

Cerita pasal aku kat UK tak payah la kan? Aku rasa semua orang dah bosan nak dengar cerita UK. Kawan-kawan aku pun dah cop aku macam duta Mesir ke UK. Baiklah,aku rasa macam nak cerita perjalanan aku ke Maghribi@Morocco. Kalau aku cerita kat kawan-kawan yang selalu jalan negara arab,diorang tak teruja sangat. Aku pun mula-mula macam biasa-biasa je nak jalan ke sana,sebab dalam otak dah set 'negara arab'. Korang pun tahu kan kenapa?

Tapi alhamdulillah,banyak benda yang berbeza kalau nak dibandingkan antara Maghribi dengan negara arab yang lain contohnya Mesir. Dari segi matawang,duit Maghribi memang rendah berbanding Mesir. Tapi kos sara hidup sangat tinggi,aku bertolak ke Maghribi dari UK,jadi aku lagi senang bandingkan dengan pound. Apa yang aku boleh simpulkan belanja di Maghribi dan UK lebih kurang sama. Mahal jugalah.

Dari segi geografi,Maghribi lebih kurang macam Turki. Tanah yang bergunung-ganang,tak rata macam Mesir. Tanah yang subur dihiasi dengan banjaran Atlas menghijau yang mengagumkan,subhanallah. Sistem jalan raya yang sistematik,sebab polis pun bersepah. Kota-kota lama banyak dibina didalam kubu. Mungkin disebabkan pemerintahan dulu yang banyak terjadi peperangan seperti mana yang kita maklum islam pernah masuk sampai ke Andalus (Sepanyol),dan semua ni bermula dari Maghribi.

Rakyat pula peramah dan baik,dan menghormati pelancong asing. Kita semua pun tahu yang Maghribi ni jambatan antara eropah dan afrika,jadi sektor pelancongan amat-amat penting untuk menjana ekonomi bumi Maghribi. Banyak tempat untuk dilawati seperti Marrakech,Fes,Oujda,Meknes,Rabat,Casablanca (rumah putih) dan lain-lain lagi. Disamping tu juga faktor kebudayaan jelas kita dapat lihat dalam kehidupan orang Maghribi.

Pemandu pelancong kami ada bagitahu yang Maghribi adalah antara negara yang sangat-sangat toleransi sebab tiga agama boleh hidup sama antaranya golongan majoriti muslim,dan minoriti kristian dan yahudi. Sekolah dan kuil yahudi masih berfungsi sehingga sekarang. Dan rakyat Maghribi sangat menyayangi pemerintah iaitu Raja Mohammed iv,sebab tu diorang tak ada revolusi macam negara arab yang lain.

Jauh perjalanan luas pemandangan,dan banyak jugalah adegan drama bila kita merantau ke negara orang. Kami ke sana bertujuh,jadi sepanjang perjalanan banyak juga hal yang terjadi. Tapi alhamdulillah kami dapat tangani dengan izin Allah. Tujuan kami ke Maghribi sebenarnya untuk menghadiri perkahwinan Hamed,kawan keluarga di London. Dapat juga kami kenal budaya dan keluarga Hamed disana. Dan dengan bantuan pemandu kami Nourreddine Ben Zidane sepanjang kami disana,kami betul-betul berterima-kasih dan terharu atas segala bantuan ikhlas yang dihulurkan. Alhamdulillah,sehingga bertemu lagi. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Agama (16) Buku Manual (11) Contengan (88) Destinasi (10) Diari Suami Pencinta (8) Info (9) Sastera (2) Sejarah (6) Semasa (42) Tokoh (15)