SMAT Al-Rahman buktikan kegigihan Ustaz Shafie Juri


DIDIKAN agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional.
Matlamat untuk mendidik anak bangsa yang prolifik menjadi asas kepada penubuhan Sekolah Menengah Agama Tinggi Ar-Rahman kira-kira empat tahun lalu. Walaupun pada mulanya ia hanya beroperasi dengan Tadika Ar-Rahman dan Kafa Integrasi Ar-Rahman kepada pelajar darjah satu hingga enam, namun kepentingan pengajian tinggi agama tidak pernah diabaikan.

Menurut Pengetuanya, Shafie Juri, pendidikan agama di peringkat tadika dan kafa integrasi masih belum mencukupi kerana ilmu agama dan akademik tidak bergerak seimbang. Penubuhan sekolah menengah itu mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan. Malah, silibus pengajaran agama dan akademik juga berpandukan kepada sukatan pelajaran JAIS dan Kementerian Pendidikan.

“Sekiranya pendidikan agama yang mereka peroleh terhenti setakat darjah enam dan tidak ada sebarang usaha untuk menyambungnya kembali, maka ia akan terbiar begitu sahaja. Lebih-lebih lagi tumpuan kepada akademik lebih diutamakan,” kata beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang Usuluddin dan Tafsir dari Universiti al-Azhar, Mesir.

Pada tahun ini, tujuh pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Tinggi Ar-Rahman akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Jumlah pelajar sekolah itu daripada tingkatan satu hingga tiga adalah seramai 30 orang.

Cita-cita

Shafie yang pernah mengajar di Sekolah Rendah al-Amin, Taman Keramat, Kuala Lumpur sememangnya menyimpan cita-cita untuk membuka sebuah sekolah agama sejak 20 tahun lalu. Dengan modal awal berjumlah RM5,000 yang dipinjam daripada pemilik kedai emas, beliau membayar deposit untuk menyewa banglo dua tingkat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Kemudian beliau mendapat pinjaman daripada AmBank dan Bank Rakyat. Ibunya juga banyak membantu dari segi modal dan sokongan moral.

“Dengan duit daripada pinjaman bank dan wang yang diberikan ibu, saya berusaha untuk menyediakan kemudahan kepada para pelajar dan guru. Tetapi, kemudian kami berpindah ke rumah kedai ini memandangkan keadaannya lebih sesuai dan selesa,” ujar beliau.

Para pelajar sekolah itu juga diwajibkan mengikuti kelas hafazan al-Quran pada setiap hari selama sejam. Mereka dijangka mampu menghafaz sekurang-kurangnya dua juzuk dalam tempoh setahun. Tenaga pengajarnya berjumlah 15 orang termasuk sembilan yang dibantu oleh JAIS.

Sekolah tadika pula bermula pada 7.30 pagi hingga 11 pagi, KAFA (7.30 hingga 11.30 pagi) dan sekolah menengah (7.30 hingga 3 petang). Asrama kepada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah juga disediakan. Pendaftaran pelajar baru masih lagi terbuka tetapi syarat kemasukan mestilah mempunyai sijil sekolah rendah agama.

Mengenai perancangan masa depan, beliau dalam perancangan untuk mendirikan bangunan sekolah di tanah seluas enam ekar di Hulu Langat, Batu 21. Kos keseluruhannya dijangka RM2 juta.

“Pada masa sekarang, selain bantuan daripada JAIS, kami juga menerima sumbangan daripada orang ramai dan mengenakan yuran persekolahan. Sumber kewangan sekolah juga diperoleh daripada syarikat Yasmin Travel and Tours yang menguruskan pakej umrah dan haji. Saya amat bersyukur kerana pihak jabatan agama sentiasa memberikan sokongan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pembelajaran di sekolah,” katanya.

Bagi mereka yang sudi menghulurkan bantuan untuk Sekolah Menengah Agama Tinggi Ar-Rahman, Shafie boleh dihubungi di talian 019-2545649.
Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

5 passengers:

shabrani said...

assalamualaikum..apa khabar perantau? ana ingin berkenalan..ingin mendengar pengalaman anta..ana x dapat ke sana..jd dgr dari anta pun cukup bg ana..

Anonymous said...

assalamualaikum,smat al-rahman the best

Anonymous said...

Salam saudara saiful,
Ana begitu teruja dgn kesungguhan pengetua sekolah untuk memartabatkan Islam dan membantu anak muda menjalani kehidupan masa kini. Semoga pengetua sekolah ini dapat mencapai apa-apa yang dihajati demi kebaikan bersama.

Nur said...

Alhamdullilah,Sekolah SMAT AL RAHMAn adalah sekolah yang paling terbaik kerana selolah ini amat pentingkan agama malah siapa yang bersekolah di sana akan diminta menhafal Al Quaran pada waktu pagi serta melakukan solat sunat seperti solat sumat dhuha.

Anonymous said...

assalammualaikum..pendaftaran untuk tadika 5&6 tahun kemasukan 2014 bila dibuka dan yuran berapa semuanya?