Maria Al-Qibtiyyah

(sekadar gambar hiasan)

Maria Al-Qibtiyyah (RA) dikatakan telah mengahwini Rasulullah (SAW) dan telah mendapat penghormatan yang sama seperti isteri-isteri Rasulullah (SAW) yang lain,iaitu 'Ummul Mukiminin'. Maria telah dilahirkan di utara Mesir. Bapanya merupakan seorang yang menganut agama Kristian Koptik dan ibunya pula berbangsa Greek. Mereka telah berpindah ke istana Muqawqis sewaktu dia masih kecil lagi.

Maria Al-Qibtiyyah tiba di Madinah dan dijadikan isteri Rasulullah (SAW) selepas Rasulullah (SAW) menyelesaikan Perjanjian Hudaybiah bersama kaum Quraish. Ada sumber yang menyatakan bahawa Maria Al-Qibtiyyah adalah hadiah yang dikurniakan oleh Raja Maqawqis kepada Rasulullah (SAW). Hasil dari perkahwinan mereka,Maria telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada tahun 9 Hijrah,iaitu tahun yang sama anak baginda Rasulullah SAW,Zainab,meninggal dunia. Rasulullah telah menamakan anak mereka dengan nama Ibrahim,sempena Nabi Ibrahim (AS) bapa kepada keturunan Yahudi dan Nasrani dan dari dialah datangnya nabi-nabi selepas itu (sebagai penghormatan ke atas Nabi Ibrahim). Takdir Allah telah menentukan bahawa Ibrahim tidak mempunyai umur yang panjang, pada usianya 18 bulan Ibrahim jatuh sakit dan meninggal dunia. Walaupun baginda mengetahui anaknya itu akan menjadi ahli syurga,namun Rasulullah SAW tidak mampu menyembunyikan rasa duka citanya atas kehilangan anak lelakinya itu. Dan sewatu itu sahabat bertanya kepada Rasulullah,mengapa baginda menangis,lalu baginda menjawab 'ini adalah sifat semulajadi manusia'.

Sewaktu pengkebumian Ibrahim,tiba-tiba terjadilah gerhana matahari. Suasana menjadi kelam dan gelap. semua orang menyangka bahawa ianya ada kaitan dengan kematian Ibrahim. Tetapi Rasulullah menjelaskan,"Matahari dan bulan adalah 2 tanda kekuasaan Allah,tidaklah berlaku gerhana kerana kelahiran mahupun kematian. Apabila kamu menyaksikan tanda-tanda gerhana berdoalah kepada Allah".

Kaum Quraish sering mencela Rasulullah (SAW) kerana tidak memiliki seorang pun anak lelaki,mereka berkata keturunan Rasulullah (SAW) akan terputus,lalu Allah menenangkan baginda dengan menurunkan ayat-ayat dibawah:

"Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang":

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus". (Surah Al-Kawtsar).

"Muhammad itu bukanlah bapa kepada seorang laki-laki antara kamu,dialah Rasulullah dan penutup sekalian Nabi. Dan adalah Allah maha mengetahui segala sesuatu." (Surah Al-Ahzab: ayat 40)

Maria telah dihormati dan dimuliakan oleh ahli keluarga Rasulullah (SAW) dan juga para sabahat. Beliau sempat menghabiskan 3 tahun bersama dengan Rasulullah sehinggalah baginda wafat. Dan 5 tahun selepas kewafatan Rasulullah (SAW),Maria meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah. Pada 5 tahun yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia,dia banyak menghabiskan diri bersendirian di rumah dan hanya keluar untuk menziarahi maqam Rasulullah (SAW) dan anaknya Ibrahim. Umar al-Khattab telah mengimami solat jenazah beliau dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi'.
Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: