London







Assalamualaikum,

"Lamanya la tak menaip"..ayat sama kalau lama tak memblog. Hampir sebulan menepek di bumi London,rasa macam rumah sendiri pula. InsyaALLAH 2 hari lagi kami sekeluarga akan terbang ke Morocco untuk satu lagi tempat percutian musim panas kali ini. Di samping akan menghadiri majlis perkahwinan 'abang angkat' Hamid. :) untuk pengetahuan Hamid ni umur dia dah 30an kot,orang arab Morocco tapi menetap di London. Dia ni adalah orang arab yang paling kami percayai. Berjiwa islami walaupun dah lama menetap di sini,dan sangat mementingkan kekeluargaan.

Sepanjang Ramadhan aku sibuk dengan tugas menjadi imam terawih untuk keluarga,berkebetulan tahun ni hampir semua berkumpul di London termasuk aku dan isteri datang dari Mesir,mak ngah pun datang dari Canada untuk menziarahi cucu baru dia Kaila Jada. Hari sabtu kami semua akan berkumpul di rumah tukdin (Restoran TukDin) untuk solat berjemaah isyak dan terawih,disamping aku diberi tugas untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas. Dan beberapa sahabat dari Mesir juga datang ke sini untuk bercuti sambil bekerja seperti Fakhrul,Hanafi dan Suhaimi. Kami bergilir-gilir memberi tazkirah dan tugas imam.

Cuaca disini alhamdulillah baik walaupun kadang-kadang hujan sebab dah nak habis musim panas. Sekurang-kurangnya dapat lari sekejap dari panas di Mesir. Dah 2 kali dapat lari dari musim panas di Mesir. Alhamdulillah,semua ini rezeki dari Allah.

Tapi bila Ramadhan dah berakhir,rasanya seperti hilang sedikit kegembiraan. Selalunya bila malam kami sama-sama akan berkumpul,solat isyak dan berjemaah kemudian bangun qiamullail berjemaah kemudian sahur berjemaah. Ada saja yang nak diceritakan bila dah berkumpul. Gelak tawa itu sedikit sebanyak mengubat rasa rindu dengan keluarga di Malaysia.

Sehari sebelum raya Uncle Tim dan Aunty Jalika datang beraya disini,kali ni diorang memperkenalkan dengan anak lelaki tunggal diorang Daniel Price. Daniel baru je habis A Level. Lepas ni dia akan sambung degree di Dochester,kalau tak silap aku dia ambil bidang marin. Boleh tahan nakal budak ni,mula-mula pendiam. Bajet "hot" la tu. :P

Pagi raya kami semua berkumpul di kedutaan Malaysia. Solat dan berkumpul bersama-sama memang meriah. Tengah hari kami ke rumah TukDin,sebab diorang buat "open house",tapi aku datang lepak kat bilik Fauzi (anak TukDin) main game PES 2011. Lama betul tak hadap game,sekali main memang tak ingat dunia. Tau-tau je semua orang dah nak balik.

Hari ni kami semua nak keluar jalan-jalan,pagi ni rancangnya nak pergi car boot sale, tengah hari nanti ada Brenford festival. InsyaALLAH semua bertemu lagi .


Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: