







Bismillah,
Assalamualaikum,
Pertama sekali aku minta maaf pada sesiapa yang selalu singgah blog aku tapi masih tak ada info atau cerita-cerita yang baru. Aku minta maaf sangat,bukan sengaja tak nak post apa-apa tapi agak sibuk sebab kerap ulang alik Alex-Mansoura-Cairo. Tambahan sekarang ni aku nak luang masa dengan isteri tercinta dan baby yang dalam perut.
Kali terakhir aku post masa aku kat UK lagi. Agak lama juga tak menaip,aku nak jadikan hobi aku ni menaip kat blog,tapi masih tak kesampaian lagi. Aku rasa dah sampai 2 bulan juga tak masuk blog ni,sampai aku pun lupa nak buka. Sebenarnya banyak juga benda yang aku ceritakan kat korang..banyak sangat. Cerita pasal perjalanan aku sepanjang cuti musim panas tahun ni.
Cerita pasal aku kat UK tak payah la kan? Aku rasa semua orang dah bosan nak dengar cerita UK. Kawan-kawan aku pun dah cop aku macam duta Mesir ke UK. Baiklah,aku rasa macam nak cerita perjalanan aku ke Maghribi@Morocco. Kalau aku cerita kat kawan-kawan yang selalu jalan negara arab,diorang tak teruja sangat. Aku pun mula-mula macam biasa-biasa je nak jalan ke sana,sebab dalam otak dah set 'negara arab'. Korang pun tahu kan kenapa?
Tapi alhamdulillah,banyak benda yang berbeza kalau nak dibandingkan antara Maghribi dengan negara arab yang lain contohnya Mesir. Dari segi matawang,duit Maghribi memang rendah berbanding Mesir. Tapi kos sara hidup sangat tinggi,aku bertolak ke Maghribi dari UK,jadi aku lagi senang bandingkan dengan pound. Apa yang aku boleh simpulkan belanja di Maghribi dan UK lebih kurang sama. Mahal jugalah.
Dari segi geografi,Maghribi lebih kurang macam Turki. Tanah yang bergunung-ganang,tak rata macam Mesir. Tanah yang subur dihiasi dengan banjaran Atlas menghijau yang mengagumkan,subhanallah. Sistem jalan raya yang sistematik,sebab polis pun bersepah. Kota-kota lama banyak dibina didalam kubu. Mungkin disebabkan pemerintahan dulu yang banyak terjadi peperangan seperti mana yang kita maklum islam pernah masuk sampai ke Andalus (Sepanyol),dan semua ni bermula dari Maghribi.
Rakyat pula peramah dan baik,dan menghormati pelancong asing. Kita semua pun tahu yang Maghribi ni jambatan antara eropah dan afrika,jadi sektor pelancongan amat-amat penting untuk menjana ekonomi bumi Maghribi. Banyak tempat untuk dilawati seperti Marrakech,Fes,Oujda,Meknes,Rabat,Casablanca (rumah putih) dan lain-lain lagi. Disamping tu juga faktor kebudayaan jelas kita dapat lihat dalam kehidupan orang Maghribi.
Pemandu pelancong kami ada bagitahu yang Maghribi adalah antara negara yang sangat-sangat toleransi sebab tiga agama boleh hidup sama antaranya golongan majoriti muslim,dan minoriti kristian dan yahudi. Sekolah dan kuil yahudi masih berfungsi sehingga sekarang. Dan rakyat Maghribi sangat menyayangi pemerintah iaitu Raja Mohammed iv,sebab tu diorang tak ada revolusi macam negara arab yang lain.
Jauh perjalanan luas pemandangan,dan banyak jugalah adegan drama bila kita merantau ke negara orang. Kami ke sana bertujuh,jadi sepanjang perjalanan banyak juga hal yang terjadi. Tapi alhamdulillah kami dapat tangani dengan izin Allah. Tujuan kami ke Maghribi sebenarnya untuk menghadiri perkahwinan Hamed,kawan keluarga di London. Dapat juga kami kenal budaya dan keluarga Hamed disana. Dan dengan bantuan pemandu kami Nourreddine Ben Zidane sepanjang kami disana,kami betul-betul berterima-kasih dan terharu atas segala bantuan ikhlas yang dihulurkan. Alhamdulillah,sehingga bertemu lagi. :)
0 Penumpang:
Post a Comment