Monday, January 2, 2012

Kentang Putar


Bismillah,

Alhamdulillah dalam fatrah imtihan yang makin dekat ni,semakin aku kena banyak manfaatkan masa dengan isteri tercinta. Tambahan pula dia sarat mengandung,bertambah sayang aku kat dia. Dalam waktu-waktu macam ni aku suka main masak-masak dengan dia.

Sebelum aku balik Mansurah baru ni,aku ada buat kentang putar,Anisah pula buat macarona bachamel. Jadi aku nak kongsikan sikit resepi dengan korang.

Kentang putar:
  • 3 biji kentang
  • 2 sudu majerin
  • 1/2 cawan susu
  • sedikit garam

Cara-cara:

  • Rebus kentang sehingga lembut dan boleh dilenyek
  • Lenyek dan campurkan dengan susu
  • Kemudian campurkan dengan majerin
  • Kacau sehingga sebati

Sos:

  • 2 sudu majerin
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar
  • 5 tangkai daun saderi/daun sup
  • sedikit garam
  • 1 cawan susu

Cara-cara:

  • Hiris bawang dan goreng bersama daun saderi/sup sehingga layu dan biarkan ia sejuk
  • Bawang dan daun saderi/sup di'blend'
  • Panaskan majerin dengan api yang pelahan
  • Masukkan tepung gandum dan kacau
  • Masukkan susu
  • Campurkan bawang dan daun saderi/sup
  • masukkan garam mengikut kesesuaian

0 Penumpang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Agama (16) Buku Manual (11) Contengan (89) Destinasi (10) Diari Suami Pencinta (8) Info (9) Sastera (2) Sejarah (6) Semasa (42) Tokoh (15)