Spain 2014 #1


BARCELONA, 26 JULAI 2014.

Stesen keretapi Alexandria
Kami sampai pada jam 10.20 malam (29 Ramadhan). Cuaca memang panas dalam airport,memang takboleh nak duduk kat airport,lagipun keadaan sunyi sebab semua orang bergegas pulang. Mengikut plan,aku nak tisur kat airport satu malam,tapi Hayyum mintak cari hotel sebab memang keadaan tak selesa. Lepas dapat bas untuk ke bandar, kami takda duit kecil pula nak naik metro untuk ke hostel yang aku dah tempah untuk esok hari. Jadi kami berjalan untuk cari hotel yang terdekat,tapi hari dah lewat malam. Pertama kali sampai di negeri orang yang tak faham english memang susah,jadi aku gunakan bahasa kedua iaitu bahasa arab. Alhamdulillah berjaya juga,sekurang-kurangnya dapat juga berkomunikasi. Akhir sekali kami ambil teksi dan terus ke tempat penginapan di 'Collblanc'.                                              

Tunai solat di taman permainan

BARCELONA,27 JULAI 2014.

Jam pun sudah pukul 2 pagi, jadi kitorang pun terpaksa tidur dekat park depan hotel sampai subuh esoknya. Malam tu sempatlah tunaikan solat maghrib,isyak dan terawih. Aku ni memang jenis takboleh tidur kalau aku tahu keselamatan tak terjamin, jadi malam tu aku bergilir dengan Hayyum, sambil-sambil borak. Aku ingatkan hostel akan buka pukul 5 pagi,rupanya jam 7. Kitorang dah rasa berlengas satu badan dah, lepas solat subuh terus angkat kaki jalan cari hotel lain dulu,tapi semuanya dah penuh sebab memang selalunya hostel-hostel ni kena tempah dulu.



Buat panas badan awal pagi

Sampai ke siang kami jalan sambil-sambil duduk kemudian jalan lagi, ambil gambar dekat Stadium Camp Nou,orang pun tak keluar rumah lagi. Memang sunyi sepi. Sebenarnya hostel yang aku tempah ni memang jauh dari tengah bandar. Kiranya dah masuk kawasan perumahan orang tempatan, tapi sebenarnya bagus juga sebab aku dapat rasa dan tengok aktiviti diorang. Tepat pukul aku terus tekan loceng hostel, tapi aku boleh baring atas katil bila check-in pukul 10. Sementara tu aku mandi dan lepak dekat ruang tamu. Diorang kemas bilik cepat jadi aku dapat masuk awal dan tidur.

Kelebihan travel musim panas ni adalah waktu siang dia panjang,dari pagi aku tidur kemudian aku terjaga waktu zuhur, sedangkan waktu maghrib pukul 9 malam. Aku tak perlu tergesa-gesa sebab aku ada banyak masa lagi. Lagipun travel berdua ni senang, aku tak perlu tunggu dan orang tak perlu tunggu aku. Bila dah siap kami terus ke destinasi yang pertama iaitu Sagrada Familia, orang duk sebut-sebut, aku pun oklah. Yang paling penting kalau nak travel sendiri ni kena plan semua sendiri dan kena buat semua cut cost.

acah-acah model
BARCELONA,28 JULAI 2014.

Hari kedua di Barcelona ni istimewa sikit sebab hari ni hari raya. Malam raya tu aku ada cari di internet masjid terdekat. Tapi yang ada pun di La Rambla, aku rasa tak sempat nak ke sana sebab jauh jugak. Alhamdulillah masa awal pagi tu aku duduk depan hostel ada sorang paki ni jalan depan aku, gaya macam orang baru lepas solat sebab baju dia cantik semacam je. Aku pun lari kejar dia dan tanya kat mana masjid terdekat,dia terus tunjuk. Nasib baik masjid tu buat solat hari raya sampai 3 kali,sebab ramai orang. Di Barcelona ni komuniti Pakistan terbesar dekat eropah,kat mana-mana penuh dengan paki. Selesai solat kami cari cafe untuk sarapan kemudian meneruskan perjalan bedah Barca,kami ke stadium Camp Nou tapi tak masuk lalu dekat luar je sebab lepas ni kami akan patah balik ke sini. Kami jalan sampailah ke Stadium Olimpik Barcelona lepas tu pusing dekat Museu Nacional d'Art de Catalunya, kawasan ni atas bukit jadi pemandangan yang cantik untuk tengok bandar Barcelona dari sini. Masa turun dari bukit tu pula aku naik bas sampai di Placa de Espana, dekat situ ada Centro Comercial de Las Arenas macam shopping complex.

Casa Batllo

Dalam pukul 6 petang kami dah sampai di hostel semula. Aku selesaikan mana yang patut,solat kemudian kemas beg sebab malam ni kami akan ke Granada naik keretapi. Agak-agak semua dah siap,aku bagitahu Hayyum yang aku nak lepak cafe kejap, dia pula nak rehat-rehat di hostel. Keadaan pun nampak tenang je waktu tu. Sambil-sambil minum kopi tu aku belek balik email tiket keretapi malam tu, mulanya aku ingatkan tiket kami pukul 2200 malam,rupanya pukul 2000. Rasa nak gugur jantung aku sebab waktu tu dah pukul 1900,lagi sejam je keretapi nak jalan. Aku pun terus berlari,sekali sesat pulak. Bangunan kat sana rapat-rapat, sekali imbas nampak macam sama je semua. Memang sakit hati betul,sampai kat hostel aku terus setelkan bayaran hostel,nasib baik barang dah siap kemas. Masa nak tahan teksi pula jalam jam,kena naik metro. Baca map pun dah melalut,aku tengok jam dah pukul 1945,aku memang cuak gila sebab tak nak burn duit tiket euro60. Aku berlari dengan beg berat tu dah tak kira peluh apa semua. Alhamdulillah keretapi tunda ke pukul 2030. Keretapi sangat selesa,nyenyak aku tidur selama 11 jam ke Granada.




Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: