Scotland 2015 #1

Raudhah Aliya 
Januari,kesejukkan menyelubungi segenap kota London. Suhu mencecah 6-7 darjah celsius. Fikiran aku ligat memikirkan kemana harus aku bawa anak dan isteri aku berjalan. Kalau boleh keluar jauh sedikit dari London. Dah lama aku fikirkan,antara destinasi pilihan aku adalah ke Jerman. Aku dan anisah masing-masing tak ada pengalaman ke sana. Beberapa hari ini aku agak sibuk mencari tiket dan merancang perjalanan yang masih belum muktamad. Setiap penjuru aku kaji tentang Jerman,baik dari segi pengangkutan,penginapan,tempat dan segala yang berkaitan. Jerman ni negara besar,jadi aku fikir kami tak sempat untuk jelejah semuanya. Aku baru sahaja hantar mesej pada Lepat di Bremen. Aku nyatakan hasrat untuk berjumpa dengan dia disana, namun hampa apabila dia nyatakan bahawa dia di Malaysia ketika itu. Satu sebab untuk kesana sudah terbatal. Kali ni aku nakkan perjalanan yang simple sahaja,lagipun untuk meraikan Raudhah. Nak buat dia gembira sebab hampir 2 bulan berpisah dengan ibunya. Niat hati nak main salji sebenarnya,sebab dah lama tak merasa salji. Entah macam mana setelah perbincangan,akhirnya kami buat keputusan untuk tukar perjalanan ke Scotland selama 4 hari 3 malam. Macam menarik,yang penting ada salji.



LONDON,27 JANUARI 2015.

Awal pagi baba tolong hantar kami ke stesen keretapi King Cross St Pancrass,jalan tak sesak. Keadaan sangat lancar. Dalam kereta sebelum bergerak tadi mulut aku kumat-kamit membacakan doa perjalanan,moga selamat pergi dan balik. Keretapi akan bergerak sekitar jam 8 pagi. Masing-masing ceria sahaja pagi tu,Raudhah masih terlelap sekali sekala dia bangun,dia masih tak tahu kemana arah tuju mak dan ayahnya nak bawa. Yang penting dia tahu dia akan berjalan jauh. Sekali sekala jari ni melayan facebook,membaca berita-berita terkini dan mengedit gambar di Instagram. 

Dalam gerabak tidak padat, tak ramai penumpang pun pada hari itu. Kami memilih menggunakan keretapi Scottrail. Tiket pula sebanyak kurang lebih 100 pounds,tapi sebelum tu aku sudah beli kad keretapi untuk perjalanan berdua selama setahun berharga 30 pounds. Di UK,kita kena merancang betul-betul perjalanan, disini harga tiket tidak tetap. Harga berubah mengikut keadaan dan waktu. Lebih-lebih lagi perjalanan jauh. Perjalanan kami pada hari ini akan mengambil masa 8 jam. Satu tempoh yang agak lama,kerana kami akan berhenti transit di Edinburgh selama 2 jam pada pukul 12 tengahari,dan akan menyambung perjalanan selama 4 jam lagi ke Inverness. Anisah banyak study untuk perjalanan ke Scotland,jadi dia yang cadang pergi ke Inverness dulu,aku ikutkan saja. 

Selama 2 jam transit di Edinburgh kami hanya berjalan disekitar bandar sahaja,ambil angin di sana. Keadaan manusia tak jauh beza dengan di London. Cuma keadaan muka bumi Edinburgh yang berbukit-bukau membezakannya. Dan sudah pasti ada perbezaan dari segi percakapan dan dialek. Jam 2 petang kami menyambung perjalanan ke Inverness. Masing-masing sudah lesu dalam gerabak ni. Raudhah sekali sekala main nyorok-nyorok dan menyanyi lagu jingle bell sampai tersenyum penumpang lain sebab budak kecil yang menyanyi. 

Maha suci Allah yang menjadikan pemandangan indah

INVERNESS,27 JANUARI 2015.

Kami tiba di Inverness jam 4 petang. Memandangkan sekarang musim sejuk maka siang pendek. Waktu kami tiba hari sudah gelap. Aku terus tahan teksi ke hotel. Aku tak nak buang masa berjalan,sebab kali ni aku dengan keluarga. Maka corak travel pun akan berubah sedikit,lagi pula ada anak. Sampai di hotel,kami tengok keadaan gelap. Tapi alamat dah betul. Kami bingung,lantas aku menelefon pihak hotel. Rupanya aku perlu ke pintu sebelah. Nama penginapan  kami kali ini ialah Andross Glencairn terletak di Andross St yang kami tempah melalui booking.com. Alhamdulillah keadaan bilik sangat bersih dan pemilik jugak sangat-sangat friendly. Malam tu kami tak kemana-mana memandangkan cuaca diluar sangat sejuk. Maka kami memilih untuk merancang perjalanan untuk esok hari. Kami bermula dengan sewa kereta, kami tak perlukan kereta yang besar hanya cukup untuk 3 orang sahaja. Maka kami memilih kereta Fiat. Tapi kami perlu mengambil kereta di lapangan terbang Inverness memandangkan esok adalah hari ahad,banyak syarikat sewa kereta yang cuti. Malam tu juga kami masih tiada tempat yang tertentu untuk berjalan,masing-masing masih di awangan. 


INVERNESS,28 JANUARI 2015.

Servis di hotel amat baik sekali, walaupun hotel ini hanyalah rumah teres 2 tingkat yang bersambung 2 unit. Namun keselesaannya sangat memuaskan. Selesai sarapan pagi kami terus berjalan mengambil teksi untuk mengambil kereta. Ini adalah kali pertama aku menyewa kereta untuk pandu sendiri,banyak aku tidak tahu tentang syarat dan sebagainya. Bila kami menyapa pegawai syarikat tersebut dan nyatakan tentang tempahan,kami diminta untuk menunjukkan beberapa dokumen seperti passport dan lesen memandu (Malaysia). Semuanya masih normal sehinggalah kami diminta untuk membayar wang cagaran (jika berlaku sesuatu). Aku hulurkan kad bank hsbc namun decline, aku bingung setahu aku baki dalam akaun masih ada lagi, kemudian aku hulur pula kad maybank juga masih decline. Aku terus menelefon bank hsbc di Malaysia dan nyatakan masalah aku, rupanya aku tidak boleh melakukan transaksi melebihi rm1000 sehari. Baik, seterusnya aku adukan ke maybank pula. Bersyukur sebab aku hanya diminta untuk menaikkan sendiri jumlah transaksi secara online. Sambil itu Anisah mengambil beberapa info tentang tempat-tempat yang menarik di kawasan sekitar. Di sini, sangat tidak berbaloi kalau nak naik pengangkutan awam sebab jarak antara tempat-tempat tersebut agak jauh. Bila mendapat kunci sahaja terus kami perlahan-lahan menuju ke destinasi iaitu Highland wildlife park yang terletak di Kingussie. 

Perjalanan memakan masa hampir sejam. Kawasan Inverness sangat-sangat menenangkan mata kerana dikelilingi gunung-ganang yang menghijau. Terlihat di puncak bukit dan gunung dilitupi salji yang memutih. Kami sempat untuk berhenti seketika di tepi jalan untuk melayan Raudhah bermain salji. Seronok melihat telatah dia yang sangat gembira setelah lama terpisah dengan ibunya. Mulalah dia berangan seperti dalam kisah Frozen,macam-macam gaya dibuatnya. Kami tiba di Highland wildlife park tepat waktu asar. Bayaran dikenakan sebanyak 15 pounds bagi orang dewasa. Baik betul pegawai yang jual tiket tu sebab bagi tiket percuma untuk Raudhah,padahal Raudhah dah melebihi umur 2 tahun. Untuk masuk ke kawasan tersebut kami perlu memandu di dalam kawasan haiwan liar seolah-olah dalam cerita Jurassic World. Kawasan tersebut agak besar,penuh dengan binatang yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. Kebanyakkan binatang disini adalah binatang yang memang hidup dalam cuaca yang sejuk seperti beruang polar,monyet salji, kucing,musang dan banyak lagi. Disebabkan program kami bermula lambat disebabkan urusan sewa kereta,maka hari ini kami hanya dapat pergi ke satu tempat sahaja. Tapi aku tak kisah,yang penting enjoy. Kami pulang bila hari dah mula gelap. Kami juga tak perlu bersusah payah untuk cari kawasan letak kereta kerana dihadapan hotel sudah tersedia percuma dari malam hingga ke jam 10 pagi kesokkan hari. Faham sajalah di UK tak boleh letak kereta sesuka hati. Malam ini kami akan menerima 3 orang lagi rakan Anisah yang akan turut serta dalam trip di Inverness iaitu Nur,Yus dan Diana. Mereka pun kebetulan menginap di hotel yang sama. 



Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: