Scotland 2015 #2

INVERNESS,28 JANUARI 2015.

Pagi ni aku kena hantar kereta yang kami sewa semalam, sebab kami dah jumpa kereta yang lagi murah. Aku,Anisah dan Raudhah ke lapangan terbang Inverness dan mereka yang lain ke syarikat sewa kereta  di Habour Road. Selesai menyerah kereta, kami terus bergegas untuk mengambil kereta yang lain pula. Alhamdulillah hari ni kami dapat kereta Hyundai Elantra, memang nampak baru dan selesa. Kemudian kami menuju untuk berjumpa dengan Nur,Yus dan Diana,katanya adalah masalah dengan kereta. Setelah sampai rupanya kereta yang mereka dapat tu pakai gear manual,takda siapa antara mereka tu yang pandai bawa. Taknak membuang masa,mereka pulang balik kereta dan join kami sekali. Nasib baik muat-muat,cuma Raudhah je takda tempat duduk, hanya diriba di tempat duduk belakang. Kalau diikutkan memang tak boleh,nampak dek polis memang boleh kena saman. Tapi tawakkal sahaja,lagipun Inverness ni kawasan luar bandar. InsyaALLAH selamat.


Destinasi pertama untuk hari ini ialah ke Lochness. Kawasan tasik yang dikatakan nampak keluar kepala dinosour. Benda ni pun tak pasti sahih ke tidak,tapi itulah tarikan pelancongan disini. Tapi apa seronoknya disini sepanjang perjalanan menelusuri tasik ni,pemandangan yang sangat-sangat indah. Memang tak rugi kalau bertandang ke sini. Bayangkan dengan langit yang membiru,gunung yang menghijau dan daun yang gugur sepanjang jalan macam dalam iklan pula. Kami hanya singgah sebentar untuk mengambil gambar kenang-kenangan di situ sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Urquhart Castle.

Di Urquhart Castle hanya aku sahaja yang tak join diorang masuk ke dalam. Aku hanya memandang dari atas sahaja, Istana ni memang cantik,sebab terletak di tebing tasik,rugi sangat tak join diorang masuk ke dalam. Tiket berharga 8euro saja. Sebenarnya memang agak lama juga aku tunggu diorang, sebab tu aku rasa macam rugi je tak ikut sekali. Kalau tak silap aku dekat sejam juga. Setelah itu kami menelusuri tebing tasik untuk ke Fort Agustus,namun hanya melintasi kawasan itu sahaja dan meneruskan lagi pemanduan hingga ke Fort Wiliam. 

Ketika di Fort Wiliam cuaca agak kurang baik kerana hujan. Jadi kami agak kelam kabut mencari tempat berteduh,makan dan bersolat memandangkan hari semakin gelap. Kami hanya sempat bergambar sahaja disitu. Kami juga ke kawasan beli-belah, tapi juga mengecewakan sebab banyak yang tutup kerana keadaan terlalu sejuk. Agak sedikit hampa namun sekurang-kurangnya kami tak terlepas banyak benda. Perjalanan pula mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke hotel. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

29 JANUARI 2015

Selepas selesai sarapan pagi kami ke Harbour Street untuk memulangkan kereta. Dan kembali semula ke tengah pekan setelah dihantar oleh pegawai sewa kereta tersebut. Lelaki dalam lingkungan 30-an berasal dari afrika. Dia tampak begitu ramah sepanjang perjalanan berborak tentang pengalaman dan kerjanya disini. Hari ini kami cuba luangkan masa di pekan,kerana waktu petang nanti kami akan berangkat menuju ke Edinburgh pula,manakala rakan-rakan Anisah yang lain akan meneruskan perjalanan mereka ke Glasgow.

Hari ini badan aku tak berapa sihat,sekejap panas sekejap sejuk. Bila rasa panas,habis berpeluh katil masa tidur. Bila rasa sejuk, sejuk yang sangat-sangat. Aku perasan dari semalam lagi,tekak tak selesa. Bila cek semalam tak nampak apa-apa. Tapi hari ni aku dah perasan ada tompok-tompok putih dekat anak tekak. Aku minta Anisah tolong periksa, dia cakap aku dah kena tonsillitis. Nak cari ubat disini memang susah,tak macam di Mesir. Nak beli ubat di farmasi memang kena ada surat doktor. Terpaksalah aku tahan sakit ni,harap tak teruk sangat.

Pagi ni kami berjalan-jalan hingga ke istana Inverness di atas bukit yang dah bertukar menjadi mahkamah. Cantik pemandangan dari atas menghadap ke sungai , pekan ni kecil sahaja kebanyakkan jalan semua satu hala. Hari ni banyak kedai-kedai dibuka,dan kami tak melepaskan peluang untuk mencari souviner. Tadimasa jalan-jalan terserempak dengan pasangan Melayu. Sempat bertegur sapa,kebetulan berada di kedai yang sama. Kemudian kami berjalan ke Victorian market,comel je pekan ni lebih kurang macam arked. Aku baca kisah pasar ni yang pernah terbakar ada anjing penjaga kedai ni mati sebab jaga kedai waktu tu,dia tak tinggalkan pun kedai tu walaupun ada kebakaran. Kemudian pasar ni dibangunkan semula.

Aku dah mula balik rasa badan tak selesa, nak berjalan pun tak ada mood. Rasa memang tak bermaya. Di kedai tadi pun aku biarkan Anisah pilih-pilih barang,aku mampu duduk je di kerusi. Tapi aku taknak la hampakan diorang,mana aku mampu jalan aku teruskan sampai la pukul 4 petang dan kami kembali ke hotel untuk mengambil bagasi dan bergerak ke stesen keretapi.

Kami tiba di Edinburgh jam 9 malam. Dan terus ke hotel dengan menaiki teksi. Lokasi hotel kami disini tidak berapa jauh dari kawasan tumpuan tapi berada diatas bukit. Masa kami tiba di hotel,keadaan sangat sunyi. Takda orang pun yang lalu lalang disitu,sangkaan aku samaada disebabkan suhu yang dingin ataupun hotel ini jauh dari kawasan lain. Nama hotel kami disini ialah Abbey Hotel yang terletak di Royal Terrace. Kami disambut cukup mesra oleh penjaga hotel ketika itu seorang wanita berusia pertengahan abad,dan kami diberi bilik yang cukup luas. Bilik tu sebenarnya untuk 3 orang tetamu tapi bila dia tengok kami dengan Raudhah,dia tak sanggup nak bagi bilik di tingkat atas. Alhamdulillah selesai saja masuk ke bilik,aku terus mengempaskan badan atas katil,aku perlukan rehat. Badan tak dah selesa sangat dengan sakit aku yang menjadi-jadi ni.


    
Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: