Scotland 2015 #3


EDINBURGH,30 JANUARI 2015.

Kesihatan aku semakin merosot, tidurku malam tadi lencun dengan peluh. Tak pernah aku rasakan begini walaupun demam. Suhu diluar semakin menurun. Aku tahu aku tak mampu untuk kemana-mana hari ini. Setelah sarapan aku sambung berehat di dalam bilik. Anisah sangat memahami keadaan aku, Raudhah yang dari tadi bermain sekali-sekala mengjenguk ke luar jendela.

Tak lama kemudian aku perasan sesuatu diluar jendela. 'Raudhah,jom tengok ni! aku memanggil Raudhah. Raudhah terus menjerit keriangan melihat salji turun mencurah-curah. 'Wah,cantikkan papa' katanya. Hari itu memang hari untuk Raudhah,seronok dia bila dapat tengok salji. Walaupun aku kurang sihat,namun aku mesti mengagahkan diri untuk menemani mereka keluar,kalau tidak memang akan berkurung sahaja dalam bilik. Kami bersiap dan berjalan ke tengah bandar Edinburgh.


Salji turun tidak henti-henti seperti hujan,basah jaket-jaket kami. Raudhah pula terlelap dek kedinginan suhu. Sekali-sekala salji berhenti, kemudian turun lagi. Anisah mengajak ke kedai untuk membeli kain alas selimut untuk Raudhah,bimbang dia kesejukkan. Kami tidak lama diluar, walaupun mahu sahaja kami untuk menaiki bas tour, namun bimbang aku tak mampu untuk meneruskan perjalanan. Sebelum petang kami sudah berada di bilik hotel.

Dalam hati aku sedikit hampa sebab tak dapat nak tunaikan keinginan mereka berjalan di Edinburgh, tapi apakan daya kudratku tak mengizinkan. InsyaALLAH kalau ada rezeki lagi,akan aku cuba untuk datang kesini lagi. Malam itu kami hanya berehat dibilik sambil berborak-borak. Makan pun dibilik dengan bekalan yang baba bagi sebelum kami bertolak tempoh hari, ditambah dengan beberapa makanan yang kami beli dari Inverness cukup untuk kami bertiga. Diluar masih nampak tompok-tompok putih tanda salji masih turun lagi. Trip kali ni memang nak rasa salji,lagipun Raudhah tak pernah main dengan salji .Kali terakhir aku merasa main salji pun waktu di Syria 5 tahun lepas.

EDINBURGH,31 JANUARI 2015.

Hari ini aku berasa sedikit kuat untuk berjalan, aku hanya bergantung dengan beberapa ubat tahan sakit. Bila sampai ke London nanti aku akan terus ke hospital St Mary. Aku tak boleh nak bayangkan betapa susahnya nak tidur malam tadi. Diluar, putik-putik kapas salji masih turun tapi tak selebat semalam. Pagi-pagi lagi Raudhah sudah tersengih sebab nak main salji. Sebelum bergerak ke stesen keretapi,kami menghabiskan masa melayan Raudhah bermain dan mengambil gambar puas-puas.





Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: