Spain 2014 #3

Hostel AlKatre
CORDOBA,31 JULAI 2014.

Macam biasa bangun pagi siap-siap kemas barang,sarapan dan check-out. Destinasi seterusnya adalah ke Cordoba,dalam bahasa arabnya dipanggil Qurtubah. Dalam trip ke spain ni, hanya perjalanan dari Barcelona-Granada dan perjalanan Cordoba-Madrid sahaja yang aku book tiket keretapi awal. Perjalanan yang lain hanya walk-in. Dalam pukul 10 pagi kami keluar dari hostel menuju ke hentian bas, memang pening sikit sebab nak kena tanya orang arah bas,aku pula boleh sikit-sikit spanish. Bila dah dapat bas, baru kami perasan bas tu kena pusing jauh baru sampai stesen bas. Berpeluh jugak la. Bila dah sampai stesen bas,aku terus cari mesin tiket. Seingat aku tiket dari Granada-Cordoba tak lebih 20euro,murah jugak la kalau nak dibandingkan dengan tempat lain (eropah).


Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit. Cordoba ni lagi kecil dari Granada dan lagi sunyi. Masa kami sampai tu rasa macam bandar tu takda orang. Bas untuk ke hostel dalam 1.20euro. Kawasan penginapan kami tu berdekatan dengan Masjid-Cathedral. Sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok limau,banyak yang gugur atas jalan. Aku rasa diorang pun dah muak hari-hari mengadap limau. Cabaran yang biasa adalah nak mencari hostel, bila berdepan dengan cabaran ni, kadang-kadang gerak hati tu penting juga. Tapi yang penting peta kena ada. Lagi satu jangan segan nak tanya orang. Di Cordoba ni aku tanya pakistan kedai kebab. Nama hostel aku ni Al Katre,senibina hostel ni memang sebiji dengan binaan di Fes,Morocco. Menggunakan banyak warna biru. Hostel tak besar dan aku pun dapat dorm untuk 6 orang.

Synagouge
Disini aku hanya menginap untuk 1 malam sahaja. Selesai check-in,aku pun terus capai peta dan berjalan. Antara tempat pertama yang aku singgah ialah Roman Temple, Plaza De Las Tendillas, Synagouge (kuil Yahudi) tapi tak masuk sebab mahal sikit bagi aku. Bila malam pula aku ke Puente Romano de Cordoba (jambatan Rom), kemudian cari makan di Roberto Martin (Centro Comercial El Alcangel) shopping mall. Selesai makan kami berehat-rehat di taman. Malam tu ramai orang keluar bawa keluarga bersantai,dengan cuaca yang berangin. Berdekatan dengan sungai tu ada beberapa cafe dan restoran, sesuai untuk santai sambil menikmati pemandangan malam dan  binaan lama menghiasi setiap penjuru bandar sangat-sangatlah menarik.

Puente Romano de Cordoba


CORDOBA,1 OGOS 2014.

Mezquita Cathedral de Cordoba 
Keesokkan paginya sebelum check-out,kami singgah ke Masjid-Cathedral de Cordoba, masjid yang dibina kerajaan islam kemudiaan ditukar menjadi gereja kemudian menjadi muzium. Masjid ini dibuka awal pagi dan masuk percuma sehingga pukul 10 pagi, selepas tu akan dicaj tiket sebanyak 7euro. Sebelum aku nak masuk pintu masuk masjid ni, pegawai keselamatan tu tanya aku 'hablas espanyol o ingles? aku pun balas hablo ingles. Terus dia speaking bagitahu yang orang islam tak dibenarkan untuk solat di dalam. Aku pun mengangguk je, tanda setuju. Bersyukur juga sebab nampak tanda islam di muka aku ni. Sekilas pandang semua orang tahu ini memang masjid sebab rekaan dalaman bercirikan islam cuma dibeberapa sudut ada terukir lukisan agama kritian dan patung-patung kristian. Selesai semuanya,kami terus cari bas untuk ke stesen keretapi, boleh pula masa tu salah naik bas. Rupanya bas tu patah balik ke hostel,bengang betul aku. Waktu tu ada banyak masa lagi,tak terkejar sangatlah. Dapat je bas yang betul, terus kami pecut ke stesen keretapi di Av de America untuk ke Madrid pula.

Ruang dalaman Mezquita-Cathedral

Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: