Spain 2014 #5

Basilica Del Pillar
ZARAGOZA, 3 OGOS 2014.

Aku dan Hayyum mengucapkan selamat tinggal pada Hani sebab kami akan berangkat menuju ke Zaragoza tengahari ini. Perlahan kami berjalan menuju ke metro seterusnya ke stesen bas Avenida de America. Dari situ kami dapatkan bas ekspress Alsa untuk ke Zaragoza. Sepatutnya pada perancangan awalnya adalah Madrid-Barcelona,tapi memandangkan perjalanan akan mengambil masa selama 6 jam, jadi aku bercadang kami berehat sebentar di Zaragoza,lagipun jarang-jarang orang ke sana.


Setakat ini aku sangat berpuas hati dengan sistem tiket di sini, kerana kita boleh mendapatkan tiket dengan hanya membeli di mesin yang banyak disediakan,walaupun dengan walk-in. Harga pula sangat berpatutan. Banyak jenis syarikat bas tersedia disini,namun setakat ini aku hanya menggunakan bas Alsa. Perjalanan Madrid-Zaragoza akan mengambil masa selama 3 jam. Kami dijangka sampai pada jam 3 petang setelah bertolak pada jam 12.00 tengahari.

Sepanjang perjalanan aku tak boleh lelapkan mata, aku cuba tahan mata sebab nak hayati pemandangan gunung-ganang. Disini tak banyak kawasan hijau seperti di eropah tengah. Kebanyakkan kawasan bergunung disini dipenuhi dengan tanaman pokok zaitun. Aku kadang terfikir macam mana kalau nak kerja petik buah zaitun disini,cuaca pula panas ladang bukan seekar dua, lebih ratusan ekar. Dalam perjalanan tu aku perasan beberapa papan tanda lembu besar berwarna hitam, besar betul. Dah memang identiti negara ini,memang patut ditonjolkan.

Cintaku tak dilupa, Anisah.
Kami singgah sebentar di kawasan rehat&rawat. Premis sangat cantik dan selesa makanan pula bagus-bagus tapi sayang tak semuanya halal. Tapi perut aku dah lapar sangat,kalau nak ditahan perjalanan masih panjang lagi. Aku terus bertanyakan penjual tersebut apakah makanan yang sesuai untuk aku dan dia terus menunjuk ke arah spagetti,lantas aku minta dia bungkuskan. Bila aku dah duduk dan sedia untuk makan, aku suap sesudu aku perasan ada rasa macam daging,rupa nya mince meat. hmm, kempunan la aku lagi. Aku tinggalkan dah terus naik bas dengan kehampaan.

Bandar Zaragoza ni sangat asing, sebab aku tak pernah dengar kawan-kawan terdekat yang sampai disini. Tapi itu bukan masalah untuk aku datang ke tempat baru. Stesen basnya agak terkeluar sedikit dari bandar tapi tidak terlalu jauh,hanya dipisahkan dengan highway sahaja. Masa aku sampai tu aku nampak ada kereta cable berdekatan tapi tidak berfungsi walaupun nampak masih baru. Beberapa papan tanda berwarna-warni juga kelihatan seolah-olah ada satu penganjuran. Tapi kami terus melangkah untuk ke hostel. Memandangkan cuaca agak panas,kami terpaksa melangkah deras. Tapi aku tak jumpa arah mahupun jalan yang betul. Terus aku bertanya seorang lelaki yang kebetulan berselisih,tanpa membuang masa dia terus sahaja membantu. Dia tanya kami berasal dari mana (donde es) ? Aku jawab Malaysia. Dia tak faham. Aku ingatkan dia memang tak tahu negara Malaysia. Bila Hayyum sebut Malasia terus lelaki tu mengangguk. Baru aku tahu yang sebutan disini berbeza. Lelaki tu pun memperkenalkan diri dia yang berasal dari Romania tapi menetap di Zaragoza.

Mural di Zaragoza
Baik betul dia ni sebab bawa kami sampai ke hostel,walaupun berjalan hampir 15 minit. Tengahari ni bandar sunyi sangat sebab semua orang senang untuk berehat di rumah je kot. Perumahan disini persis di Alexandria, cuma lagi cantik dan bersih. Kebanyakkan unit akan dipasang langsir berwarna hijau untuk menutup panas di balkoni rumah masing-masing. Terlihat juga beberapa cafe disetiap simpang perumahan sama seperti di Mesir cuma banyak menjual arak. Hostel yang aku tempah kali ni tak sama sepertidi tempat yang lain. Pada aku mungkin Zaragoza ni bukan kawasan panas untuk pelancongan seperti di kawasan yang lain. Hostel kali ini berkonsepkan rumah,tapi kami menyewa bilik sahaja. Dandalam rumah ni pula ada 3 bilik tanpa ada kawasan ruang tamu. Sistem keselamatannya bagus kerana kami dibekalkan dengan kunci pagar di bawah dan rumah serta bilik. Sistem lif yang hanya menggunakan sensor jari sahaja sangat unik untuk bangunan lama yang terjaga dan bersih. Dan harga untuk satu malam adalah sebanyak 13euro sahaja. Dan nama hostel kami adalah Pension Roma yang beralamat di Duquesa de Villahermosa.


Istana Al Jaferia 
Selesai urusan check-in kami terus keluar untuk makan di kedai kebab berhampiran. Ketika itu hanya ada kami berdua sahaja pelanggan yang ada. Agak bosan dan tidak meriah,membuatkan kami terus pulang ke hostel untuk berehat. Bila malam menjelma keadaan bertukar menjadi meriah,banyak orang keluar ke jalanan, kenderaan juga semakin memenuhi ruang dan bas awam yang tidak kelihatan di waktu siang juga sudah mula beroperasi. Ramai orang melepak di cafe berdekatan. Kami pun tidak membuang masa untuk bersiar-siar. Pengangkutan yang utama disini adalah seperti bas,teksi dan tram yang moden. Malam tersebut kami hanya berjalan kaki, tak mahu terkejar-kejar kerana program masuk ke bandar adalah pada keesokkan hari.

ZARAGOZA,4 OGOS 2014.

Istana Al Jaferia 
Bangun awal pagi aku terus bersarapan di cafe yang hanya terletak dibawah hostel kami. Kebiasaanya disini aku hanya makan churros dan minum kopi untuk sarapan. Tapi kali ini aku memilih untuk sarapan dengan roti dan kopi sahaja. Kami hanya berjalan kaki untuk kawasan tengah bandar,sambil-sambil kaki ni berhenti untuk mengambil gambar antaranya di fakulti perubatan,beberapa tugu peringatan dan patung tokoh-tokoh. Hari ini sangat menarik pada aku kerana aku dapat lihat suasana sebenar Zaragoza. Terlalu ramai pengunjung pada hari ini,bas dan tram juga padat dengan penumpang. Kami berjalan sehingga ke  iaitu Basilica Del Pillar Zaragoza iaitu gereja terbesar disitu, dan kami meluangkan masa didalam namun tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Kemudian kami berjalan ke sungai dan jambatan Rom yang hanya terletak dibahagian belakang bangunan. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beristirehat didataran sambil anak kecil berlari-lari. Terdapat muzium berdekatan antaranya Museo Ibercaja dan beberapa muzium yang berdekatan. Tapi aku tak masuk semuanya sebab nak jimat. Kami juga tak melepaskan peluang untuk mencari beberapa mural yang dilukis di kawasan sekitar.

Petangnya pula kami bergerak ke Al Jaferia Palace atau Istana Al Jaafari. Istana ini adalah sebahagian tinggalan zaman pemerintahan Islam pada abad ke-11. Seni binaan yang sangat bercirikan islam dan mirip istana Alhambra di Granada cuma agak sedikit kecil. Artifak dan seni lukisan di dalam istana masih terjaga dan berada dalam keadaan sangat baik. Kami hanya sempat berada sejam sahaja kerana sudah lewat petang, walaupun sejam ia sudah memadai. Tiket masuk dikenakan hanya sebanyak 5euro sahaja.







Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: