Spain 2014 #6

BARCELONA, 5 OGOS 2014.

Hari ini kami akan bergerak ke kembali Barcelona, setelah mendapatkan teksi walaupun jarak ke stesen bas tidaklah sejauh mana. Sebenarnya ada jalan pintas untuk kesana namun direction yang diberikan di dalam email aku tempoh hari tidak memadai. Aku hanya membayar 2.50euro sahaja untuk sampai ke stesen bas,tapi rasa nak bayar lebih sebab aku rasa macam kesian pula dengan pemandu teksi tu.

Park Guell
Seperti sebelum ni aku hanya beli tiket bas secara walk-in, kebetulan pada waktu itu kami perlu menunggu sedikit lama hampir sejam sebelum bas tiba. Bila bas dah sampai,pemandu bas terus menyusun beg mengikut destinasi kerana tak semua penumpang akan turun di tempat yang sama di Barcelona nanti. Dengan penguasaan bahasa yang lemah,aku pun main taram saja dahlah pemandu tu nampak macam garang. Tapi takpa,aku cool je dulu. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Di Barcelona nanti aku dah agak familiar sebab dah sampai masa hari pertama. Kiranya aku tak kekok sangat nak berjalan nanti. Tapi bila dah sampai sahaja disana, memang nasib tak menyebelahi aku sebab beg aku terletak di bahagian lain. Dalam hati minta-minta dia tak marah,tapi aku buat-buat rileks. Aku bagitahu yang aku nak berhenti di sini (hentian pertama). Aku cakap 'lo siento' (aku minta maaf). Nasib baiklah dia cool je,siap senyum lagi walaupun kena memunggah sikit.


Kali ini aku tempah hostel yang lain pula. Saja nak rasa pengalaman. Nama hostel aku kali ini ialah Bcnsports Hostel yang terletak di Carrer Del Perill. Secara ringkas hostel ini bertemakan sukan olimpik,jadi dari pintu masuk sampai ke pintu bilik semuanya tentang sukan. Hostel ini masih baru dan agak mahal sedikit berbanding dengan hostel sebelum ini. Kami dikenakan bayaran sebanyak 20euro untuk satu malam. Lagipun lokasi tak berapa jauh dengan La Rambla, dan berbaloi kalau nak merayau hingga lewat malam. Tapi dalam banyak-banyak hostel, hostel ni paling lama aku cari sebab banyak kali sesat.

Malaysia menang olimpik
Walaupun kami tempah dorm 6 orang,tapi rezeki kami dapat bilik untuk 2 orang. Tapi yang tak bestnya sebab kami perlu check-out jam 10.00 pagi. Kami hanya berada disini untuk satu malam sahaja. Selesai letak barang dan berehat sebentar kami terus ke Park Guell Barcelona. Waktu kami sampai memang sangat-sangat sesak dengan pelancong. Kami terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke kawasan itu jam 5 petang. Dari segi binaan memang menarik tapi aku dapat rasakan ada kekurangan dan perbezaan yang besar berbanding dengan nilai seni bina Islam. Aku taknak cerita kat sini. Tiket masuk adalah sebanyak 7euro. Bagi aku tak perlu masuk pun tak apa,sekadar ambil gambar dari luar pun dah cukup.

Bila malam kami ke La Rambla, yang mana disini akan menjadi kawasan terakhir kami untuk membeli belah. Banyak kedai-kedai dibuka terutama yang menjual cenderamata dan yang banyak juga dijual adalah benih pokok dan yang berkaitan dengannya. Aku ni bila nampak pokok terus segar. Aku ni jenis tak suka beli tshirt,pada aku tshirt ni cepat rosak. Selalunya bila aku berjalan,aku lebih suka untuk beli mug (kalau boleh ada timbul),batch tampal dan fridge magnet sahaja. Tapi kali ni aku tak beli mug disini sebab tak nampak yang betul-betul menarik. Cuma yang peliknya, aku boleh beli tanah sebanyak 5 kilo untuk dibawa balik ke Mesir,di Mesir susah nak dapatkan black soil. Selepas puas merayau,kami singgah di kedai kebab terkenal di situ nama dia Rey De Istanbul.

Ini malam terakhir kami di Barcelona merangkap malam terakhir di bumi Sepanyol. Aku tahu lepas ni mesti aku akan rindu untuk bertandang ke sini semula. Aku akan ingat air limau ais yang banyak dijual disini, kebab,pealla dan churros. Malam tu aku saja lepak lama sikit diluar sambil berborak pengalaman dengan Hayyum. Alhamdulillah kami dapat harungi perjalanan ni tanpa ada masalah sedikit pun. Sebenarnya sepanjang perjalanan ni aku sedang menghidapi penyakit kelenjar tyroid,aku hanya disahkan lepas beli tiket ke sini. Doktor minta aku untuk buat pembedahan dengan kos sebanyak LE10,000. Tapi aku minta untuk tangguh dulu sambil aku boleh kumpul duit. Sepanjang perjalanan disini aku hanya makan ubat yang doktor bagi. Badan aku pun susut banyak dan nampak kurus keding. Hayyum pun banyak kali bertanya tentang kesihatan aku,takut-takut aku tak mampu. Tapi Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.

La Rambla
BARCELONA,6 OGOS 2014.

Kami bangun awal pagi dan terus menuju ke kolam renang disebelah bangunan hostel. Pengunjung hostel akan diberikan diskaun beserta sarapan pagi. Dan pagi itu kami hanya merehatkan badan di kolam renang. Jam sudah menghampiri jam 10.00 pagi maka harus bergegas untuk bersiap ke lapangan terbang. Bingkas kami menuju ke bilik,namun aku tahu kami tak sempat untuk bersiap sebelum jam 10.00. Aku maklumkan pada pihak hostel yang kami akan keluar jam 11.00 pagi,dan aku diminta untuk membayar sebanyak 10euro. Aku tak ada pilihan, sebab aku memang tak nak tergesa-gesa. Sedang elok kami melepak dalam bilik tiba-tiba pintu bilik dibuka. Rupanya makcik cleaner masuk tanpa kebenaran kami. Terus dia menghalau kami sebab dah cukup masa untuk check-out. Aku tak puas hati dan aku bagitahu yang bayaran sudah dibuat,dia hanya jawab 'no itiendo' (aku tak tahu). Geram betul aku masa tu rasa nak maki je,tau sajalah muka orang sana macam mana kerasnya. Jadi aku biarkan saja dia nak buat kerja dia, dan aku buat kerja aku lambat-lambat. Biar dia pula yang bengang.


Sebelum jam 11.00 aku sudah selesai bersiap dan kami tinggalkan hostel tersebut dengan sedikit kecewa. Tapi inilah pengalaman,kita tak boleh harap semuanya indah sahaja. Kami mengambil bas dari Plaza Catalunya untuk ke lapangan terbang. Memang mudah,kerana bas memang disediakan untuk terus ke sana. Disepanjang perjalanan,bas ini melalui di kebanyakkan kawasan yang pernah aku singgah di Barcelona. Memori indah ini akan terpahat dalam ingatan aku selamanya. Jika ada rezeki aku akan datang kembali. Perjalanan seterusnya adalah ke Kaherah dengan pesawat Lufthansa kemudian ke Alexandria. Tak sabar untuk bertemu anak dan isteri.

Adios Amigo Esapana,hasta luego!!!




Share on Google Plus

About Saiful Islam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 passengers: